Saturday, May 8, 2010

..::Blackbody Solar Cooker: Lengkapkan konsep 3R::..

Da lama da aku nak crita tentang solar cooker.. disebabkan kekangan sebagai seorang mahasiswa, terpaksa laa aku menangguhkan post ini sehingga cuti..bila time cuti, memang banyak laa nanti post2 aku..heee..kali ini ada mengenai solar cooker..dapur suria..

Meh aku nak cerita sedikit mengenai dapur suria nie..dapur suria ini adalah dapur yang dibuat dengan menggunakan tenaga solar sebagai sumbernya..dengan erti kata lain,ia menggunakan cahaya matahari untuk memasak..oleh itu, ia hanyalah sesuai dilakukan ketika matahari sedang terik..waktu malam of cos laa tak boleh buat kan..sampai subuh esok takkan masak kan..hehee.. selepas itu, kita hendaklah memfokuskan titik tengah pada prototype(dapur suria) kita untuk mendapatkan cahaya yang maksimum agar bahan ujian(ikan, telur dan sebagainya) untuk dimasak dapat dimasak dengan cepat..

Kami start buat solar cooker nie pada awal bulan januari dan siap pada awal bulan dua..Macam mana cara nak buat dapur tu?itu kami tak boleh nak bagtau sebab itu adalah hak yang dilindungi..hehee...kawan- kawan boleh tgk gambar aje laa k..kos buat ini adalah bawah daripada RM20 aje...murah kan..kami amik bahan2 nie yang dah dibuang selari dengan objektif iaitu 3R..

objektif kami nak buat solar cooker ini adalah untuk:
- mempromosikan kegunaan dan idea tentang tenaga solar
- memilih sesuatu barang yang senang untuk di simpan, dibawa kema-mana, dan senagn untuk di set up kan..
- menghasilkan produk yang berasaskan kepada konsep 3R=Reduce, Reuse, Recycle
- untuk memberi kemudahan kepada mana-mana kawasan yang susah untuk mendapatkan dapur gas..

dengan adanya benda ini, dapatlah kita untuk membantu orang-orang yang tinggal jauh di pendalaman sebagaimana yang digariskan dalam objektif di atas..

Kelebihan prototype kami adalah:
-agak berat supaya lebih stabil dan tidak ditiup angin
-Penggunaan stainless steel mempunyai kebolehan untuk memantulkan cahaya dengan berkesan..
-Senang dibawa ke-mana-mana sahaja kerana ia boleh dicabut dan dipasangkan semula..begitu senangkan kawan-kawan..?
nie adalah contoh-contoh test product kami:

1. Ikan

Kesemua ikan-ikan ini berjaya dimasak dengan durasi bawah daripada 15minit..paling cepat adalah 9minit..

2. Telur

Ini telur pulak..telur ini berjaya dimasak dengan kadar 15minit sahaja

3. Sotong
Sotong nie pulak hanya 5minit sahaja untuk dimasak

4. Udang

Udang nie pulak tau tak berapa minit..? 3minit je kawan..



Makan udang..emmm,sedap tau..dah dicampur dengan asam limau nie..mmmm, yummy~~

Kesian kucing nie terliur nak makan ikan..nah, amik laa..memang rezeki ko kucing.. =)

Dan masuk dalam beberapa akhbar utama di Sabah:

The Borneo Post, 21 Mac 2010 -Muka Depan-

Harian Ekspress, 21 Mac 2010 -Muka Depan-

Daily Ekspress, 21 Mac 2010 -Muka Depan-

See Hwa Daily, 21 Mac 2010 -Muka Depan-

The Star, 22 Mac 2010 -Muka surat 24-

Jutaan terima kasih kepada Wong Ken Hong kerana menyumbangkan gambar kesemua surat khabar di atas.. =)


To all my group members, terima kasih banyak2 yang tak terhingga especially Alan yang bertungkus lumus menghasilkan prototype ini...kepada felicia, wan,nadia, kathrine and peter, terima kasih banyak2 yer..dengan kerjasama koranglah, dapat kita siapkan projek solar cooker ini dengan jayanya..





Aku xda dalam gambar nie sebab aku ditugaskan untuk menjadi photographer... =)
~yuhuuu~

0 comments:

Post a Comment