Sunday, June 28, 2009

..::KALAU KENA SAMAN, NAK SALAHKAN SIAPA??!!::..

13 Jun - 2 orang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail di tahan ketika polis sedang membuat 'road block' di jalan raya semalam..Mereka mengemukakan lesen dan road tax masing..Selepas disoal dengan soalan-soalan yang tak masuk akal,akhirnya kami dilepaskan dengan jayanya..Setelah polis mengembalikan lesen dan road tax kami,kami pun beredar dari situ..seminggu selepas itu,saya dikenakan lagi road block tetapi di tempat yang berlainan..seperti biasa, saya dilepaskan...selang beberapa hari,kawan saya kena road block...pun dilepaskan juga..

Akan tetapi,pada tarikh 25 Jun 2009, saya melihat kad-kad saya di dalam wallet saya..Alangkah terkejut badak saya!!selama ini saya memandu kereta dan menunggang motosikal berlesenkan kawan saya...masuknya dekat sini,pada 13 Jun lepas,polis pada waktu tersebut tanpa melihat nama pemilik kad tersebut lalu memberikan kepada saya dan kawan saya..mujurlah orang itu saya kenal...iaitu kawan saya..kalau orang itu saya tidak kenal macam mana??mujur saya dapat tahu lebih awal sebab next week saya da berlepas ke tempat pengajian..kalau saya dapat tahu itu lesen kawan saya lebih lambat macam mana??kalau road block selepas 13 Jun itu, saya atau kawan saya kena saman,siapa yang patut dipersalahkan??saya atau polis yang silap memberikan lesen??saya harap selepas ini semua anggota polis lebih peka dengan situasi begini..Hal ini kerana,kalau polis tidak mengetahui,senang laa anak yang tiada lesen menggunakan lesen ayahnya untuk membawa kenderaan mereka ke bandar..

saya cadangkan dekat sini,kalau hendak membuat road block tu,sila menyuruh pemandu atau penunggang motorsikal memberikan lesen dan IC untuk mengelakkan penipuan.. sekian,harap maaf kalau terkasar bicara.. wassalam..