Showing posts with label Dunia Photografi. Show all posts
Showing posts with label Dunia Photografi. Show all posts

Monday, May 31, 2010

..::eBOOK PELBAGAI GENRE (Bahagian 1)::..

Kali nie aku nak kongsi pulak dengan korang eBook yang bagus untuk kita..time-time cuti nie kan..bagus gak kalau kita baca buku-buku nie..ada yang leh kurangkan tension kita,ada yang dapat tambah tension kita..ada yang leh tambah info-info terbaru..bak katanya, macam-macam ada..nie link dia k..


















Wednesday, May 19, 2010

..:: AWAN - CIPTAAN YANG MAHA ESA::..

Uh...lawa sungguh permandangan ketika di atas awan nie.. sangat cantik..meh aku nak share gambar yang aku ambik kat korang yer..

~1 :: Side bawah tu macam mendung aje..~~


~2 :: Pun lawa..


~3 :: uuu...memang cantik ah..


~4 :: awan berkumpul.. ( macam tanda nak hujan nie??)


~5 :: Scene tetap cantik even gambar agak condong.. ^^


~6 :: uish, terpegun aku melihatnya..


~7 :: cumulus??


~8 :: Yang dekat tu lawa..yang sebelah kiri tu..


~9 :: Kesinambungan daripada gambar 6..


~10 :: Altocumulus..


~11 :: Juga altocumulus..paling lawa..cantik..!! thumbs uP!!


~12 :: Ada sikit-sikit altocumulus dan maybe yang tu stratocumulus..


Saturday, May 8, 2010

..::Blackbody Solar Cooker: Lengkapkan konsep 3R::..

Da lama da aku nak crita tentang solar cooker.. disebabkan kekangan sebagai seorang mahasiswa, terpaksa laa aku menangguhkan post ini sehingga cuti..bila time cuti, memang banyak laa nanti post2 aku..heee..kali ini ada mengenai solar cooker..dapur suria..

Meh aku nak cerita sedikit mengenai dapur suria nie..dapur suria ini adalah dapur yang dibuat dengan menggunakan tenaga solar sebagai sumbernya..dengan erti kata lain,ia menggunakan cahaya matahari untuk memasak..oleh itu, ia hanyalah sesuai dilakukan ketika matahari sedang terik..waktu malam of cos laa tak boleh buat kan..sampai subuh esok takkan masak kan..hehee.. selepas itu, kita hendaklah memfokuskan titik tengah pada prototype(dapur suria) kita untuk mendapatkan cahaya yang maksimum agar bahan ujian(ikan, telur dan sebagainya) untuk dimasak dapat dimasak dengan cepat..

Kami start buat solar cooker nie pada awal bulan januari dan siap pada awal bulan dua..Macam mana cara nak buat dapur tu?itu kami tak boleh nak bagtau sebab itu adalah hak yang dilindungi..hehee...kawan- kawan boleh tgk gambar aje laa k..kos buat ini adalah bawah daripada RM20 aje...murah kan..kami amik bahan2 nie yang dah dibuang selari dengan objektif iaitu 3R..

objektif kami nak buat solar cooker ini adalah untuk:
- mempromosikan kegunaan dan idea tentang tenaga solar
- memilih sesuatu barang yang senang untuk di simpan, dibawa kema-mana, dan senagn untuk di set up kan..
- menghasilkan produk yang berasaskan kepada konsep 3R=Reduce, Reuse, Recycle
- untuk memberi kemudahan kepada mana-mana kawasan yang susah untuk mendapatkan dapur gas..

dengan adanya benda ini, dapatlah kita untuk membantu orang-orang yang tinggal jauh di pendalaman sebagaimana yang digariskan dalam objektif di atas..

Kelebihan prototype kami adalah:
-agak berat supaya lebih stabil dan tidak ditiup angin
-Penggunaan stainless steel mempunyai kebolehan untuk memantulkan cahaya dengan berkesan..
-Senang dibawa ke-mana-mana sahaja kerana ia boleh dicabut dan dipasangkan semula..begitu senangkan kawan-kawan..?
nie adalah contoh-contoh test product kami:

1. Ikan

Kesemua ikan-ikan ini berjaya dimasak dengan durasi bawah daripada 15minit..paling cepat adalah 9minit..

2. Telur

Ini telur pulak..telur ini berjaya dimasak dengan kadar 15minit sahaja

3. Sotong
Sotong nie pulak hanya 5minit sahaja untuk dimasak

4. Udang

Udang nie pulak tau tak berapa minit..? 3minit je kawan..



Makan udang..emmm,sedap tau..dah dicampur dengan asam limau nie..mmmm, yummy~~

Kesian kucing nie terliur nak makan ikan..nah, amik laa..memang rezeki ko kucing.. =)

Dan masuk dalam beberapa akhbar utama di Sabah:

The Borneo Post, 21 Mac 2010 -Muka Depan-

Harian Ekspress, 21 Mac 2010 -Muka Depan-

Daily Ekspress, 21 Mac 2010 -Muka Depan-

See Hwa Daily, 21 Mac 2010 -Muka Depan-

The Star, 22 Mac 2010 -Muka surat 24-

Jutaan terima kasih kepada Wong Ken Hong kerana menyumbangkan gambar kesemua surat khabar di atas.. =)


To all my group members, terima kasih banyak2 yang tak terhingga especially Alan yang bertungkus lumus menghasilkan prototype ini...kepada felicia, wan,nadia, kathrine and peter, terima kasih banyak2 yer..dengan kerjasama koranglah, dapat kita siapkan projek solar cooker ini dengan jayanya..





Aku xda dalam gambar nie sebab aku ditugaskan untuk menjadi photographer... =)
~yuhuuu~

Sunday, April 25, 2010

..::NAK BUAT PHOTO EFFECT SECARA ONLINE?::..

Gambar3..aih..giler edit betul laa aku nie..haaha... xper2.. selain daripada pakai Photoshop and Photoscape nie..if korang gabungkan beberapa software ataupun web untuk edit gambar, hasilnya memang hebat..!ade lagi cara nak edit gambar..tapi yang aku nak bagi korang nie adalah yang pakai 'Photo Effect'..dengan kata lain, semua web ini dia menggunakan 'Face Detection' iaitu untuk mengesan lokasi dan saiz muka kita..agak menarik jugak laa..kadang2 lawak pun ada..hahaa...nie antara beberapa web yang biasa orang lain guna..ada banyak tapi xkan nak listkan semua kan..tak larat laa den..

www.photofunia.com


en.picjoke.com


www.tuxpi.com


www.lunapic.com


funphotobox.com


www.effmypic.com


www.dumpr.com

Friday, March 26, 2010

..::eS niTE::..

Alamak, baju dinner belum basuh nie…!!da pukul 11 da nie..nak gerak pukul 3.30petang nie..sempat lagi ke nie nak basuh?
itulah aku..suka sangat laa buat kerja last minit..nasib baik cuaca hari tu mencapai 350C..baju kering tak sampai pun setengah jam =) ok hari tu hari ahad tanggal 7 Mac 2010.. Malam tu ada dinner course yang diberi nama Environmental Science Night a.k.a eS niTE..nie adalah kali pertama aku merasai bagaimana dinner itu berlaku..

Sebelum pergi dinner tu,kena laa make up sikit kan..alaa,bukannya selalu pun kan..time macam nie laa aku nak berhiaskan diri pun..hahaa…alangkah bagusnya,ada juru make up professional,abg jass nak make up kan aku..yuhuu..tq abg jass!! =) untuk dinner kali nie,aku kena jadi driver untuk menghantar para AJK yang diwajibkan untuk datang awal..kalau bab memandu kereta nie, memang aku suka..sedang asyik sangat calling dengan abg jass time driving(jangan tiru aksi ini), terus salah amik jalan..hahaa..nasib baik jalan tu ada jalan keluar yang dekat..

Setelah berjaya mengharungi beberapa trip,akhirnya Alhamdulillah aku telah selamat sampai di Hotel Promenade, Kota Kinabalu.. Paling spesifik lagi di Rafflesia Ballroom 2..lup dup lup dup..berdebar-debar nie menunggu turn untuk bacaan doa..

Alamak,aku lupa laa pulak nak bawa salinan bacaan doa tu..aiissssssh!!!!”aku ingat aku da letak da dalam plastik tu..macam mana nie…nasib baik laa wan ada back up di laptop dia
..aku pun copy laa bacaan doa tu..

"mengumumkan ketibaan Dekan Sekolah Sains Dan Teknologi, Prof Dr Mohd Harun Abdullah dan tetamu kehormat yang lain”.. makin berdebar aku nie..da dekat da time aku kena baca doa nie..

“untuk memberkati majlis ini,saya mempersilakan saudara Mohd Syafri Bin Yusof untuk mengepalai bacaan doa,dipersilakan”..huh!*tarik nafas~~ok!!*

alamak!!kena baca kat atas pentas ke atau kat MC..td time rehearsal,kat MC..hmm..ah peduli laa..atas pentas laa..baru laa dapat menambahkan lagi kedebaran yang telah tersedia ada nie..hahaa..

Ok..makan time….!!!!nie bab aku suka nie..ade setengah orang amik banyak terus makan sebab malu nak tambah lagi..ade orang amik sikit sebab “diet ke….??”heehee.. ok persembahan akan dimulakan sebentar lagi..kita ada tarian “tango”, nyanyian dari Michelle dan gitaris daripada Eleena, 3 single ladies, dan ada free karaoke..


Amik video time miche n eleena wat persembahan..

Apa yang aku nak highlight kan kat sini adalah nyanyian dari Michelle and gitaris daripada Eleena..memang menarik..aku memang kagum dengan vokalis sebab dia dapat membuat beberapa high notes tanpa pecah suara..!!memang menggagumkan..Miche,sia rasa ko memang ada bakat ba dalam nyanyian nie..p laa try AF ka, Mentor ka, Malaysian Idol ka.. =)

Then,makan lagi..aishh..da kenyang nie..xpa,sesi bergambar..hehee..

pengacau betul laa bunga tu..hmmm


Dari kiri : izni :: najwa :: liza :: zura :: syafri :: wan :: nadia :: maiza :: nisa


Dari kiri depan : Diana :: Miche :: eLeena :: Wilvia :: Yusnita


Tahun dua Sains Sekitaran..bergambar kita ah =)


Family Sains Sekitaran..
saya mohon maaf ah untuk orang belakang saya tu.. =)

Tuesday, February 16, 2010

..::JOM KITA MAIN SNAPSHOT::..

Argh..kenapa laa aku nie gilakan kamera sangat..aish..pantang tengok benda, trus je nak snap..kali nie aku nak share dengan korang gambar-gambar yang aku snap time aku nak pegi pulau mamutik di sabah pada tahun lepas. Time tu aku ada kem di sana..aku gunakan kamera Canon IXUS 95 aku.. selamat tengok gambar yer..hehee =)

ntah laa..tiba-tiba ada motorboat stop (instead of bustop haha..)


Kipas dan engine motorboat..


Panorama di pantai Pulau Mamutik..lawa kan scene dia..i like it!!


Nie pun satu..nie time waktu petang..


Kawan-kawan tengah mandi sambil bagi makan pada ikan.. =)


Di sebalik pokok di Pantai Mamutik..


Nie di bahagian belakang pulau Mamutik..banyaknya batuan menyebabkan ramai pengunjung tidak berada di sini..


Gambar makro batuan di Pulau Mamutik..