Sunday, February 21, 2010

..::AMPUNKAN ANAKANDA::..

Anak Soleh : Aeman

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin



Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya


Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
bila aku dengar lagu nie, hati aku sering tersentuh kadang kala menitis jugak air mata nie membasahi pipi..teringat keluarga di kampung halaman.. teringat masakan emak di kampung..nasi ayam, kuew teow basah, ikan patin masak tempoyak, ikan sweet sour..yummm yummm~~~ teringat keropok goreng.. teringat TENDA kat umah..hehehee

Kepada emak,ayah,along,kakak,kak cik, kak adik,baby..angoh nak minta ampun dan maaf jika selama nie dengan kehadiran angah, ade yang terasa hati ker,terkecik hati ker,tersinggung ker..angoh nak minta maaf banyak ah..walaupun nie bukan hari raya,tapi apa salahnya kan kita bermaaf-maafan sesama kita..

Untuk emak dan ayah,angoh nak mintak maaf if selama nie angoh ade wat salah..kalu dulu-dulu angah nakal-nakal ke, wat emak nge ayah terasa hati ker..angoh nak minta maaf k..

Untuk adik-beradik sumer,angah nak minta maaf jugak if ade hok kecik ati nge angah dalam tak sedar ke..angah dok tahu..mitok maaf banyok k..

Angoh tau selama ini angoh ader wat salah kn..ampun seribu kali ampun..doakan kesejahteraan dan perjalanan hidup angoh di sini berjalan dengan lancar..amin...salam MAULIDUR RASUL~~

Saturday, February 20, 2010

..::CATCHEYE:MASIH BARU LAGI DI MALAYSIA::..


Jom kita main beramai-ramai..
MASIH BARU DI MALAYSIA!!!
Korang daftar jer..
xsampai pun 10mins korang daftar..
benda free kan,tak rugi pun..
da ade org dapat cek nie..
korang xnak ker??


kita bila lagi..??!!
mesti korang nak jugak kan..
sama macam aku jugak..
aku pun nak jadi macam dia gak..
hehe..
so,pe lagi..
klik kat link di bawah nie..


jom sama2 kita join CATCHEYE nie..!!!

p/s : klu korang perasan dia punya TOTAL REWARD dia semakin tinggi dsbbkan da ramai org da masuk..
(kalau xcayer,korang cuba refresh kan dia dlm masa 10mins mcm tu..)
cepat!!!
korang masih baru lg..!!
leh jemput org lain yang xtau lagi..
ini peluang anda!!

Cara-cara dia macam nie:

2. Klik join catcheye now
3. Korang isi maklumat diri,IC dan alamat (ini penting kerana cek korang bakal dihantar berdasarkan profile korang selepas cukup RM50)
4. Nie jawapan untuk soalan dia
:
Soalan 1 jawapan A (atas sekali),
Soalan 2 jawapan B (yang tengah),
Soalan 3 jawapan A (atas sekali)..
4. Klik agree dan proceed..
5. Korang akan menerima email untuk confirm korang punya sign up..korang kena check dalam inbox atau spam..
TEKAN LINK!!!

6. Anda telah berjaya memulakan perniagaan anda di CATCHEYE
7. Lepas sign in, korang klik pada REWARD PANEL
8. Korang lihat akaun, ade RM1 (bonus) tu dan link anda
9. Copy link baru korang
10.Forwardkan link baru anda kepada kawan-kawan.

Aku adalah ahli yg ke
63688...!!
ya,masih baru lagi nie..
baru tahun lepas diperkenalkan..
lagi cepat lagi ramai lagi bagus lagi banyak dapat...
sama-sama kita dapat rezeki kan..
hehehe..

Kalau tentang rezeki,jangan simpan sorang-sorang k..kita kongsi-kongsikanlah..semoga kita memperoleh pendapatan tambahan sama-sama!..

Tuesday, February 16, 2010

..::JOM KITA MAIN SNAPSHOT::..

Argh..kenapa laa aku nie gilakan kamera sangat..aish..pantang tengok benda, trus je nak snap..kali nie aku nak share dengan korang gambar-gambar yang aku snap time aku nak pegi pulau mamutik di sabah pada tahun lepas. Time tu aku ada kem di sana..aku gunakan kamera Canon IXUS 95 aku.. selamat tengok gambar yer..hehee =)

ntah laa..tiba-tiba ada motorboat stop (instead of bustop haha..)


Kipas dan engine motorboat..


Panorama di pantai Pulau Mamutik..lawa kan scene dia..i like it!!


Nie pun satu..nie time waktu petang..


Kawan-kawan tengah mandi sambil bagi makan pada ikan.. =)


Di sebalik pokok di Pantai Mamutik..


Nie di bahagian belakang pulau Mamutik..banyaknya batuan menyebabkan ramai pengunjung tidak berada di sini..


Gambar makro batuan di Pulau Mamutik..

Saturday, February 13, 2010

..::BEST KE PAKAI KASUT TUMIT TINGGI??::..

Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi. Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul. ''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis. ''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki. ''Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya.

Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya. Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan. ''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

''Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,'' jelasnya.

SUMBER : Utusan Malaysia


Saturday, February 6, 2010

..::KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA::..

Petang semalam (5 Feb 2010) ,UMS telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya bertempat di Dewan Resital..

Dari kiri, Faezan (Presiden MPP), Prof Kassim (TNC HEP @ Alumni), Tetamu Undangan


Simbolik perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya daripada YB Datuk Abdul Rahim Bakri


Sebanyak 300 helmet untuk diagihkan kepada mahasiswa UMS termasuk juga dengan pensyarah dan kakitangan UMS..


YB Datuk akan memakaikan helmet itu kepada penunggang motosikal..


Yea..da dapat helmet percuma..ada cop sirim tu..tQ~ kepada yang memberikan helmet free tu kepada kami selaku penunggang motosikal..hehee

SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN KETIKA AKU DI VIETNAM

Tapikan kawan-kawan kalau di vietnam,topi keledar diorang lagi hebat.. nak tengok??ok jom..

Helmet lady bird tu..apa colour korang nak?..kuning?hijau?merah?biru?pink? sumer ader..hahaa..

Naaah..ada banyak jenis lagi..tengok laa betapa banyaknyer..time aku pegi vietnam nie pun,memang aku terkejut tengok helmet diorang..no wonder laa kan vietnam dikenali sebagai sebuah negara bermotosikal..

Nie aper pulak??nie penutup muka untuk menahan asap time pakai helmet..kira lebih kurang dengan mask jugak laa..korang tengok laa berapa row yang dijual tu..=)

..::DETECT KAWAN YANG INVISIBLE::..

Aku nak share dengan korang satu benda nie..kalau korang da tau xper laa...aku nak bagitau kepada orang yang xtau lagi nie..kita selalu pikir time on ym kan,kawan kita nie online ke x nie..tengok di Facebook,dia online..hmm..ke dia wat inviseble nie..haa..invisible tu laa korang xleh nak tipu da..xcaye aku dapat detect?meh tengok nie..

Buka laman nie imvisible then,korang taipkan ID kawan ko yang ko nak check tu..sebagai contoh kat sini,aku nak detect diri aku sendiri..aku wat invisible nie..jom kita check..

korang kena besarkan gambar dulu tu..hehee...

haa...pasni kalau kawan-kawan ko yang selalu invisible tu xley ar nak sembunyi-sembunyi daroi ko lagi..hehee..selamat mencuba yer kawan!!

Thursday, February 4, 2010

..::BLACK PEPPER CHICKEN CHOP::..

Time makan-makan dengan family di Kedai Norazila berhadapan dengan Masjid Terapung.. Saper2 yang datang ke Kuala Terengganu aku recommend kat korang untuk datang ke sini.. Menu yang aku paling suka kat kedai nie adalah CHICKEN CHOP!!

My Beloved dad with his iPhone..gambar candid..


Makanan yang aku idamkan da sampai...!!sedap tak korang tengok tu..??besar gila ayam dia kan..hehee..
Seketul ayam + roti 2keping + coaslow + sos cili + kentang goreng + black pepper sauce = RM12 (yer kot harga tu..tak ingat dah aku..hehee..)..

Macro Pic using my IXUS 95


Macro Pic using my IXUS 95


my 5th sibling, Syafiqa Amira..sLRRRRuuuuPP~~..


Bile laa makanan aku nak sampai nie...kak adik nie, wi ar ke kak cik skit..wak2 dok tahu lok..hahaa..

My 4th siblings, Syafiqa Amira..da sampai pun makanan aku..makan jangan tak makan yer..


Macro Pic - Mango Juice


Macro Pic - Mango Juice


My 6th siblings, Syaffiya Nurfarisya..mummy,tolong kerat ayam nie boleh....besar sangat laa...


SEBELUM

SELEPAS!!!!

hahaa..ko tgk ayam dia tu..daripada sebesar tu..yang tinggal hanyalah seciput tu jer..betapa banyaknya isi dia..kenyang~~~

K laaa..kepada korang yang belum cuba lagi tu,cuba-cuba laa yer..memang sedap..cam promoter laa pulak..hahaa..k, selamat mencuba!!

Monday, February 1, 2010

..::BAHAYANYA BOTOL DAN BEKAS PLASTIK ::..

Pernahkah anda meminum dari botol minuman plastik atau makan makanan daripada bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan atau minuman tersebut. Sekiranya kita dapat lihat pada belakang atau bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod nombor pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombor itu, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur POLYMER iaitu byproduct dari bahan pertoleum).

Ketahuilah fakta-fakta berikut :
  • Kajian menunjukkan bahawa KOD 1 yang diperbuat daripada bahan PTE atau PET (yang selalu digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh satu kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksiknya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutama kanser payudara.
  • KOD 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu, kita tidak perlu risau tentangnya.
  • KOD 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan digunakan sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke dalam makanan tersebut.
  • KOD 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di oven microwave tetapi untuk jangkamasa tiga bulan sahaja jika digunakan setiap hari. Oleh itu, kita seharusnya membuangnya dan gantikannya dengan yang baru jika sudah terlalu lama kita menggunakannya.
  • KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN sama sekali ialah yang bertanda 3, 6, dan 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari polycarbonate yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan KANSER terutama KANSER PAYUDARA. KOD 3 dan KOD 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama.

Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut.. Bahan BISPHENOL-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem peranakan, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diabetis dan tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol-botol susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta rujukan sedunia telah mngesahkan fakta ini.


Jadi, kita kena bertindak sekarang!!!
  1. JANGAN guna plastik KOD 1 berulang kali
  2. JANGAN guna KOD 5 dalam tempoh yang terlalu lama
  3. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6, 7.
  4. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.
Sumber : Environmental Protection Department