Monday, December 28, 2009

..::FACEBOOK VS FRIENDSTER::..



Sebuah perkhidmatan rangkaian sosial yang berfokus pada pembangunan dan mencerminkan rangkaian sosial atau hubungan sosial di antara orang-orang sebagai contoh mereka berkongsi pengalaman, aktiviti, idea-idea, minat dan sebagainya..Ia adalah sebuah perkhidmatan rangkaian sosial pada dasarnya terdiri daripada wakil daripada setiap pengguna..Jenis utama daripada perkhidmatan rangkaian sosial adalah mereka yang mengandungi kategori yang tersendiri..Ini dapat didefinasikan sebgai anda akan berkaitan dengan kawan anda..Banyak contoh yang kita boleh ambil di sini iaitu Friendster, Facebook, Twitter, mySpace, Zorpia, Flixster, Tagged dan macam-macam lagi nama-nama rangkaian sosial tersebut..takkan laa nak senarai semua kan..utamakan yang popular laa kan...kat sini aku akan perjelaskan dua rangkaian sosial yang paling popular masa kini iaitu Facebook dan Friendster..

Sumber:
  1. Google Insight For Search
  2. Traffic Estimate
  3. Alexa
  4. Ranking
GOOGLE INSIGHT FOR SEARCH - Facebook
Semakin Meningkat!!!

Minat Sesebuah Negara : Malaysia Hanya 25%


GOOGLE INSIGHT FOR SEARCH - Friendster
Semakin Menurun!!!
Minat Sesebuah Negara : Malaysia memperolehi 79%

TRAFFIC ESTIMATE - Facebook

Semakin Meningkat!!

TRAFFIC ESTIMATE - Friendster
Semakin Menurun!!!

Ranking daripada ALEXA :
Facebook - 2
mySpace - 12
Twitter - 14
Tagged - 121
Friendster - 160
Flixster - 1100
Zorpia - 3855

Ranking daripada RANKING :
Facebook - 3
mySpace - 8
Twitter - 14
Friendster - 158

Melalui kajian ini,kita dapat lihat bahawa kadar seseorang pengguna itu ke arah Friendster kini semakin menurun..Ada pula laman sosial yang lain berjaya memintas Friendster..hmm..Mungkin kat sini aku boleh perjelaskan sedikit kenapa pengguna internet lebih meminati Facebook berbanding dengan Friendster:
  1. Facebook lebih open berbanding Friendster (tanpa banyak klik jika nak comment)
  2. Facebook popular di seluruh dunia tetapi Friendster hanya tertumpu kepada rantau asia tenggara sahaja..
  3. Game di facebook lebih syok berbanding di Friendster
Ok..aku tak kata Friendster tu tak ok..ok jugak..aku pun ada laman Friendster jugak..aku on dua-dua..tapi apa yang aku sedar sekarang ini adalah ramai antara kawan-kawan aku telah pun bertukar kepada Facebook..bila akuy tengok last login diorang,2weeks laa,3weeks laa..more than 3weeks pun ada..tapi di Facebook,24hours online..kenapa erk??aku tak tau kenapa..mungkin Facebook lebih menarik kot..so apa-apa pun pilihan korang,aku harap korang hepi k..

Saturday, December 26, 2009

..::EXPLORE BROADBAND PILIHAN::..

Arggghhh!!!Tension tul laaa...Da laa still tak dapat register subjek lagi nie..aku tak tahu nak comment apa lagi tentang sistem SMP nie..dari dulu sampai sekarang,tak pernah berjalan dengan lancar..Tapi takper,kita rileks dulu yer..aku tau..bukan aku sorang jer yang tak dapat register subjek tu..ramai lagi yang tak dapat kan..jangan nak tipu ar..aku tau tu..aku tak nak laa register kat UMS..sebab wireless dia lagi slow berbanding wireless umah aku nie..so aku amik keputusan nak register je kat umah sebelum aku bertolak esok..tapi still tak dapat lagi..kat bilik aku di kolej kediaman AB tu tak dapat line wireless..so kalau nak online tu,aku kena laa pergi ke gedung ilmu UMS iaitu library..tapi ada sesetengah mahasiswa di UMS nie gunakan satu benda yang kecik macam pendrive yang boleh connect internet tu..tau tak?yup!! betul tu..Broadband namanya..Apa kelebihan dan kekurangan jika ada broadband nie..

Kelebihan
  1. Dapat connect internet di mana-mana
  2. Senang dan mudah dibawa
  3. Tak perlu mencari kawasan hotspot jika ada kecemasan
Keburukan
  1. Kadangkala tak dapat layari internet (mungkin disebabkan oleh faktor rangkaian)
  2. Bayar bulan-bulan
  3. Tak berbaloi jika masa penggunaannya tak setimpal dengan kadar bayaran yang dikenakan

Itu pandangan aku laa..pandangan korang aku tak tau..tapi kan,jika aku diberi kesempatan laa kan untuk gunakan broadband,yang manakah yang akan menjadi target pilihan aku..?

Sebelum membeli sesuatu itu,kena laa fikirkan dahulu adakah berfaedah jika adanya broadband ini..bagi aku laa..ada betulnya jugak..untuk kecemasan ker...kan..jom kita tengok yang manakah broadband pilihan hati aku..

Sekarang ini ada tiga telco yang mengeluarkan produk broadband nie iaitu Celcom, DiGi, dan Maxis..

Celcom Broadband

Maxis Broadband


DiGi Broadband


Aspek Pertama : Rangkaian Broadband

CELCOM

Di rumah : Memuaskan (HSDPA 50% dan 3G 50%)

Di Kampus : Amat Memuaskan (HSDPA network)


MAXIS

Di Rumah : Amat Memuaskan (HSDPA network)

Di Kampus : Tidak Memuaskan (EDGE network)


DiGi

Di Rumah : Tidak Memuaskan (EDGE network)


Di Kampus : Amat Memuaskan (Broadband network)


hmmm...kalau kita tengok pada semua gambar tu kan..kebanyakannya memuaskan..

Aspek Kedua : Harga Pakej

Kalau ikut pada pakej semua lebih kurang sama jer:
  1. Celcom - RM60/sebulan
  2. DiGi - RM58/sebulan
  3. Maxis - RM25/seminggu atau RM8/sehari
So dekat sini aku da boleh buat ramalan awal..Kalau ikut harga,aku da dapat idea yang mana bakal aku pilih.. Jadi, jika aku ambil daripada dua aspek ini iaitu dari segi rangkaian dan harga pakej,akan aku bakal memilih :


Kenapa aku pilih DiGi Broadband?
  1. Murah
  2. Rangkaian yang bagus
  3. Pengguna yang sedikit (dapat surf dengan lebih bagus)
  4. Banyak hadiah
  5. Design cantik

Kenapa aku tak pilih Celcom Broadband?

  1. Network yang selalu slow even Kota Kinabalu adalah kawasan HSDPA
  2. Time waktu antara pukul 0300 hingga 0900 sahaja line stabil..pada masa lain kurang stabil
  3. Kadar download celcom: up to 30kb/sec adalah lembab berbanding dengan DiGi: up to 110kb/sec (source: Wong Ken Hong)
Itulah kisahnya jika aku diberi kesempatan..Anda pula bagaimana?

..::BERGELORA OMBAK ITU ::..

Lebih kurang beberapa hari lepas, aku pergi ke Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu..Saja saja jer pegi..nak ambik angin katekan(bukan buang angin yer =P)..Aku pegi ke sana sorang sorang..takder orang nak ikut aku..sedeynyer~~

Sesudah sampainya aku,mak aih..ayat pertama terus berlegar di fikiran aku..tingginya ombak!! Almaklum laa kan,sekarang nie kan Terengganu mengalami masalah cuaca yanga agak buruk.. Walaupun banjir dah reda(Kelantan belum lagi),tapi ombak masih lagi di peringkat amaran..
Lepas pegi pantai..pegi main bowling lak dengan kawan-kawan..hehee..

Friday, December 25, 2009

..::ANIME WINTER SONATA::..

Drama korea dan salji..Apa fikiran pertama yang terlintas pada fikiran korang?Betul..Sudah semestinya laa Winter Sonata kan..Nak aku cerita jugak ke jalan cerita dia??tak payah laa kan..aku rasa korang lagi hebat bab bab menghafal drama korea nie kan..ada yang sampai ingat lagi CD nombor ** nie apa yang berlaku..Ada yang berkata "CD nombor ** xbest laa","CD ** paling best sebab Jun Sang jumpa dengan Yoo JIn"..itu lah yang dapat diperhatikan..penangan daripada drama ini..da tau da selok belok drama..boleh mengalahkan pengarah pulak tu..siap kata,"tak boleh laa ending macam nie","kenapa perempuan tu tak jumpa terus bagitau hal sebenar?"..padahal pengarah tu saje jer nak bagi suspens..baru ar syok nak tengok adegan seterusnya kan..kalau tak suspens, tak menarik laa cerita tu..tul tak?

Aku rasa korang da tahu nie..Drama nie antara drama bersiri "PECAH TV"..disebabkan korang laa, diorang jadi glamer..Ada sumber mengatakan bahawa drama nie telah menaikkan name actor Bae Yong-jun (salah seorang antara pelakon menerima bayaran teritinggi di Korea pada tahun 2006) & Choi Ji-woo (pelakon wanita)..

Pada bulan Oktober 2009 yakni dua bulan lepas,Drama Winter Sonata ini telah pun diadaptasi kan kepada anime..Haa,ini memang berita yang sangat baik kepada peminat anime plus korean drama..



Title : Winter Sonata the Animation Japanese
Title : 冬のソナタ Winter Sonata the Animation

Official Site : Winter Sonata the Animation
(dalam bahasa Jepun pulak dah..memang aku tengok gambar jer..hehee..)
Kategori : TV

Jumlah Episod : masih dalam pembikinan (sehingga tarikh post ini baru sahaja 4episod)

Genres : Love-Romance

Tahun Dilancarkan : 2009


~~TITLE : Winter Sonata~~

~~Episod 1 : Kepala Yoo Jin terhantuk pada bas..hahaa~~

~~Episod 2 : Time Jun Sang pakaikan kasut pada Yoo Jin~~

~~Episod 3 : Yoo Jin kena denda basuh tandas tu~~

~~Episod 4 : Jun Sang melambungkan dedaun untuk Yoo Jin~~

Hmmm...Itulah dia sedikit sebanyak cerita mengenai anime Winter Sonata nie..Episod 5 tak tau lagi bila akan keluar..Dengan adanya anime nie,dapatlah kita mengingati sejarah kisah percintaan di antara Jun Sang dengan Yoo Jin yang penuh onak dan duri itu..Apakah yang bakal berlaku pada episod yang seterusnya..?(tapi aku tau mesti ada yang dah tau kan jalan cerita dia untuk next episod..tak per,kita sama-sama wat tak tau da ar k..hehee..)Kita sama-sama tunggu lah yer untuk episod seterusnya..

..::SALJI OH! SALJI::..


Salji oh Salji..sekarang nie da musim salji yer..Korang tahu tak apa itu salji?Salji ialah satu partikel(particle) dalam bentuk kristal ais (ice crystal) cair, mengandungi multitud kepingan salji. Walaupun ia dibuat daripada partikel (particle) yang kasar dan kecil, ia merupakan bahan berbutir. Ia ada tempat pembukaan yang berstruktur lembut, kecuali diletakkan di bawah tekanan yang luaran..
Salji dibentuk biasanya apabila wap air(water vapour) melalui aras atmosfera yang tinggi di bawah suhu yang kurang daripada 0 °C dan kemudian jatuh semula ke bumi..Ia juga boleh dibuat dengan embun beku(frozen dew) yang jatuh dari permukaan yang ia dibentuk, atau partikel kabus beku (freezzing fog) yang jatuh dibentuk apabila kelembabapan(humidity) yang ada permukaan udara mula membeku pada suhu-suhu yang sangat rendah. Salji kurang padat berbanding dengan air hujan yang bermaksud jumlah lembapan(moisture) yang sekata akan menghasilkan salji dengan isipadu yang lebih banyak, kemudian barulah hujan..Satu peraturan(principle) mengatakan bahawa air dalam lapan unit salji bersamaan dengan satu unit hujan...(edit dari wikipedia)..
Di bawah ini adalah klasifikasi untuk kristal sajli asli(natural snow crystals):
Sekarang nie pun banyak laporan dari seluruh dunia mengatakan bahawa keadaan musim salji sekarang ini makin buruk..Hal ini dapat kita buktikan bahawa dengan tergendalanya beberapa siri penerbangan ke negara bersalji..tak cukup dengan itu, perlawanan bola sepak liga antarabangsa juga terpaksa ditunda akibat masalah salji tebal yang mungkin akan mengganggu rentak permainan jika ia diteruskan..uuhuuuu~~sejuk pulak rasanya...hehee...al maklum laa musim salji laa katakan..kepada penganut agama kristian,aku ucapkan Merry Christmas~~

Thursday, December 24, 2009

..::DAH TEST MICROSOFT OFFICE 2010 BETA?::..

Bermula daripada terhasilnya Office Lite ( hasil gabungan dengan microsoft Window 98 Second Edition) pada tahun 1998,MICROSOFT maju lagi setapak ke hadapan dengan produk lebih baik iaitu Microsoft Office 2000..Tiga tahun selepas itu, Microsoft Office 2003 pula menwarnai dunia Microsoft..Tak cukup dengan itu, Microsoft membuat kelainan dari segi toolbar dengan menghasilkan Microsoft Office 2007..Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa produk Office 2007 ini lebih complicated berbanding daripada yang sebelumnya..Bagi aku,ia mungkin disebabkan oleh gabungan gambar-gambar pada toolbar yang membuatkan mindset seseorang itu yang menggunakan Office 2007 itu menjadi susah..lama kelamaan,boleh jugak menguasainya..Nak tak nak,kita harus menguasainya kerana makin banyak produk-produk bakal dikeluarkan oleh microsoft nanti..so,tak de laa kita ketinggalan zaman kan..

Pada tanggal 16 November 2009,MICROSOFT OFFICE ini telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Microsoft Office 2010 Beta..Ia dilancarkan bagi membolehkan pengguna Window mencuba terlebih dahulu agar pihak Microsoft dapat melihat di mana cacat cela yang ada dalam produk BETA ini..Ini juga dapat membantu pihak Microsoft mengetahui apa masalah yang dihadapi oleh pengguna ketika menggunakan produk ini..Kepada sesiapa yang ingin mencuba Office 2010 Beta nie, boleh laa menekan link di bawah nie..pastikan anda tahu berapa bit PC/Laptop anda supaya tak tersalah download..kalau salah download,memang merana..ok,nie dia link nak download:

Microsoft Office 2010 Beta (32-bit)
Microsoft Office 2010 Beta (64-bit)

Saiz dia agak besar iaitu 684MB(saiz satu CD)..aku cadangkan kepada sesiapa yang nak download,sila pakai downloader (contohnya, IDM, FlashGet, DAP, etc)agar cepat sikit dapat download tu..aku cadangkan Internet Download Manager..tapi ikut suka korang lah yer..korang yang nak download..hahaa..


nie key n cara install key : KEY
(password : elairvent)


Di sini,aku ingin berkongsi apa yang menarik dalam Microsoft Office 2010 Beta ini..Jom kita sama-sama lihat..





Apa yang ingin aku katakan pada Microsoft Office nie adalah MEMANG MENARIK!! dia punya interface memang cun melecun..dari segi toolbar dia sama dengan Office 2007 tp ada penambahan icon pada hujung atas kiri..bila kita double-click pada icon tu,dia akan automatik tutup(jika tiada data dalam document yang dibuat itu..).. bila first aku install tu,memang agak kekok sangat laa..tapi lama kelamaan tu,boleh ar sikit..ok laa..itu sahaja untuk kali ini..jika ada pertanyaan, sila kemukakan di ruangan chat tu yer..daa~~