Monday, May 31, 2010

..::eBOOK PELBAGAI GENRE (Bahagian 1)::..

Kali nie aku nak kongsi pulak dengan korang eBook yang bagus untuk kita..time-time cuti nie kan..bagus gak kalau kita baca buku-buku nie..ada yang leh kurangkan tension kita,ada yang dapat tambah tension kita..ada yang leh tambah info-info terbaru..bak katanya, macam-macam ada..nie link dia k..


















Thursday, May 27, 2010

..::BAHANG BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010::..


Sekarang da masuk 27 Mei..hanya tinggal 365 jam sahaja lagi (ketika post ini sedang dibuat) untuk berlangsungnya sepak mula temasya bola sepak terbesar di dunia iaitu Piala Dunia 2010 yang akan dilangsungkan di bumi Afrika Selatan.. sekarang ini pun bahang bola sepak pun telah terasa..

Masing-masing mencongak negara manakah yang akan membawa pulang trofi emas 18 karat ini..?


Adakah juara 5 kali, Brazil di bawah pimpinan Dunga?


Atau Sepanyol yang menamatkan kempen kelayakan Piala Dunia dengan rentetan rekod 10 kemenangan berturut-turut?


Atau Argentina yang diperkuatkan dengan pemain terbaik dunia, Lionel Messi dan wira Inter Milan, Diego Milito yang menjaringkan 2 gol ketika menjuarai Liga Juara-Juara Eropah?


Atau juara 2006, Italy yang prestasinya terumbang-ambing ketika ini meskipun berada pada kedudukan kelima dunia?


Atau Belanda yang juga dengan rekod 8 kemenangan berturut-turut pada sesi kelayakan dengan menjaringkan 17 gol dan dibolosi hanya 2 gol?


Atau pun England yang masih lagi kempunan menjuarai kempen Piala Dunia sejak 44 tahun yang lalu tetapi berada pada prestasi terbaik sekarang ini?


Ataupun negara-negara lain yang kita tidak jangkakan??

Segalanya akan terjawab pada temasya yang bakal menggegarkan dunia bola sepak selama 30hari itu..

32 Negara yang terbaik akan beradu tenaga pada peringkat kumpulan..


Bola rasmi Piala Dunia 2010 - Jabulani


Maskot rasmi Piala Dunia 2010 - Zakumi


Kat sini aku nak share dengan korang jadual interaktif Piala Dunia..Jadual nie sangat bagus kerna dia automatik akan kira juga mata pasukan tersebut..memang best..nie link dia k..

password : elairvent

Untuk Piala Dunia kali ini,bagi aku agak sengit kerana semua pasukan ada kelebihan masing-masing..negara mana aku sokong?emmm..bagi aku, mungkin tak sama dengan korang..aku sokong SPAIN~~~ huaahahaaa.....

Tuesday, May 25, 2010

..::CARA NAK HIDE PARTITION DARI MY COMPUTER::..

Agak menarik..kali ini aku nak share satu tips yang mungkin berguna kepada mereka yang ingin PC atau laptop dia selamat..bukan ape kadang-kadang tangan kita nie gatal-gatal nak klik itu laa, nak delete ini laa..last2,laptop atau PC pun hang..xley bukak..lebih-lebih lagi file itu daripada partition / drive C tu..so, kat sini aku nak share mcm mana nak sembunyikan partition dari My Computer korang..window yang aku guna nie adalah Window 7..so, kepada pengguna Window XP atau Window Vista MUNGKIN SAMA dan MUNGKIN LAIN dari segi appearance..Ok! Meh sini aku ajar mcm mana nak hide kan partition..

( Sila besarkan gambar jika anda xfaham arahan dia k..atau korang download gambar tu pada link-->partition) password : elairvent


Sebagai contoh kat sini aku nak hide kan Partition C..


Pergi kat "Start Menu"..taip "gpedit.msc" pada search..kalau anda pengguna Window XP, anda kena pergi pada "Start Menu" then click pada icon "RUN"..then taip "gpedit.msc"..


Then, akan ada satu window baru akan keluar..


Pada Window baru tu,korang click mengikut urutan seperti berikut :
Local Computer Policy> User Configuration> Adminstrative Template>
Windows Components> Windows Explorer..


Click icon pada Windows Explorer tu..then korang cari nama nie:
"Hide these specified drives in My Computer"
Bila da jumpa,double click pada icon tersebut..Untuk pengguna Window XP,if xdapat double pada icon itu, kena tekan right click,then pilih properties..


Then, akan ada lagi satu window baru akan keluar..pada window baru tu..korang click pada "Enabled"..lepas tu,kat bawah dia tu,ada dia suruh pilih drive/partition yang korang nak sembunyikan.. So,korang pilih laa yer partition mana yang korang nak hide kan tu..kat sini sebagai contoh aku nak hide partition C..lepas pilih tu,click pada "Apply" then "OK"..


See..da hilang da icon Local Disk (C:) pada My Computer aku nie..

Ok..da hilang kan..hehee..itu sahaja k..harap dapat manfaat daripada post kali nie k..hehee..

Monday, May 24, 2010

..::SOFTWARE UNTUK HANTAR MESSAGE FREE::..

Aih...selalu jer macam nie...nombor banyak tapi takda kredit..nak buang kan,takut lost contact pulak dengan kawan2..nak simpan,mesti kena top up pulak..adooii...kredit oh kredit..xder ke leh message free..

Nah...ada di antara kita mengalami masalah ini..jangan risau..sekarang zaman dah canggih,boleh pakai Yahoo Messenger kan,tak pun skype ke...tapi tak semua ID kawan-kawan kita,kita ada kan..so,ada lagi benda lagi moden..nie software aku baru jumpa tadi..

Aku da try software ni..dari dulu lagi aku mencari software nie..akhirnya, jumpa juga..dan memang menjadi..tak payah pakai kredit,tak payah pakai handphone,tak payah pakai keypad..hehee..Anda hanya perlukan satu software, line internet (kalau boleh, yang laju sikit), dan nombor handphone penerima...

Kat sini ada tiga link untuk di download k..pilih laa yang mana satu berkenan di hati..^^:





password : elairvent



Langkah-langkah dia:
1. Regional Code : Pilih Malaysia (Takkan nak amik line Bangladesh pulak..hihii)
2. Phone Number : No Handphone penerima (cth : 60123456789)
3. Message : Taip laa message yang korang nak hantar
4. Verify Code : Isi kod yang ada di sebelah kanan tu..
5. Send je laa..

[Message sending.....]

[Message Delivered!]

Ok laa tu kan..nie leh jadi second back up kepada yang selalu tiada kredit tu(Tu laa..lain kali jangan pakai nombor banyak sangat..hihiii..).. Software nie sudah dicuba oleh tuan blog nie.. Dan memang menjadi..kalau korang tak menjadi tu,tak tau laa..tak da rezeki laa tu..hihiii..

Bagi saya..software nie ok jugak laa..walaupun ia juga pakai line internet tapi ia lagi bagus dari Yahoo Messenger or Skype or anything related to the chat software..sebab tak semua di antara kita yang mempunyai ID kawan-kawan kita kan, tapi nombor handphone semua ada kan...nah..

selamat menggunakan software ini ya.. ^^

Perhatian : Sila gunakan software ini dengan sebaik mungkin..jangan gunakan ia untuk mengenakan sesetengah pihak..tuan blog ini tidak bertanggungjawab jika ada masalah seperti itu berlaku..terima kasih..

Sunday, May 23, 2010

..:: TOP 10 BANDAR-BANDAR PALING TERCEMAR::..

Post yang sebelum nie ada aku bagitau kat korang tentang Top 10 Negara Terbersih kan..Ini diperiksa mengikut beberapa kriteria yang penting..uh,negara terbersih yer..hmm..tapi korang pernah terfikir tak kat atas bumi nie kat mana tempat paling tercemar..?pokok utama ialah berpunca daripada pencemaran logam berat..logam berat boleh didefinisikan sebagai satu kumpulan logam yang mempunyai ketumpatan atom melebihi 5g/cm3 Lebih 70% daripada 10 tempat terkotor ini adalah berpunca daripada masalah ini..jom kita selidik tempat-tempat tersebut mengikut ranking yang dikeluarkan oleh TIME:

1. Linfen, China
4 000 000 penduduk di daerah nie terdedah dengan pencemaran ini dan bandar ini selalunya dikatakan sebagai bandar paling tercemar di dunia..Jenis pencemaran di sini adalah berpunca daripada arang batu..Penduduk setempat juga sering terganggu dengan debu arang batu tersebut..yang paling aku terkejut ialah air minuman bagi penduduk tersebut sering tercemar dan ia mengandungi ARSENIK (arsenic)..!!

2. Tianying, China
Bandar perindustrian ini menjalankan industri perlombongan dan pemprosesan..140 000 penduduk terganggu akibat daripada bahan pencemar seperti plumbum dan logam berat yang lain..

3. Sukinda, India
Tempat ketiga bertempat di India.. Seramai hampir lebih dari 2 500 000 penduduk terjejas akibat pencemaran ini.. Punca yang paling utama adalah ia berakar umbikan daripada perlombongan kromit (chromite) dan sistem pemprosesannya..

4. Vapi, India
Juga dari India..Disebabkan oleh bahan kimia dan logam berat yang lain, seramai lebih kurang 71 000 penduduk di bandar ini terjejas..

5. La Oroya, Peru
Peru..berada di bahagian Amerika Selatan..perlombongan logam berat seperti kuprum (copper), zink (zinc), plumbum (lead) telah sekian lama berleluasa sejak dari tahun 1922 lagi..sebab paling utama adalah pencemaran daripada bahan plumbum itu sendiri..seramai 35 000 penduduk terjejas dengan keadaan ini..

6. Dzerzhinsk, Russia
Di russia..Bahan kimia dan hasil sampingan toksik, termasuk sarin dan gas VX telah menjejaskan produktiviti lebih dari 300 000 penduduk di sekitar bandar tersebut..

7. Norilsk, Russia
Seramai 134,000 orang penduduk terlibat dengan pencemaran udara ini.. pencemaran yang biasa berlaku adalah daripada zarahan, sulfir dioksida, logam berat, dab asid karbolik..pencemaran ini bersumberkan daripada perlombongan nikel (paling utama) dan juga sistem pemprosesannya..

8. Chernobyl, Ukraine

5 500 000 orang??!!!ramainya yang terjejas!ia berpunca daripada peleburan nuklear yang menyebabkan radiasi daripada nuklear tersebut tersebar..

9. Sumgayit, Azerbaijan
Berpunca daripada pencemaran bahan kimia organik, minyak dan logam berat yang bersumberkan daripada industri petrokimia..Kesannya ia telah menjejaskan hampir 275 000 penduduk dan terdedah dengan pelbagai penyakit seperti kanser..


10. Kabwe, Zambia
Perlombongan kadmium dan plumbum yang mengakibatkan seramai 255 000 penduduk terpaksa mengharungi liku hidup dengan bauan bahan pencemar ini..ia berlaku hampir 10 tahun yang lalu..

Wednesday, May 19, 2010

..:: AWAN - CIPTAAN YANG MAHA ESA::..

Uh...lawa sungguh permandangan ketika di atas awan nie.. sangat cantik..meh aku nak share gambar yang aku ambik kat korang yer..

~1 :: Side bawah tu macam mendung aje..~~


~2 :: Pun lawa..


~3 :: uuu...memang cantik ah..


~4 :: awan berkumpul.. ( macam tanda nak hujan nie??)


~5 :: Scene tetap cantik even gambar agak condong.. ^^


~6 :: uish, terpegun aku melihatnya..


~7 :: cumulus??


~8 :: Yang dekat tu lawa..yang sebelah kiri tu..


~9 :: Kesinambungan daripada gambar 6..


~10 :: Altocumulus..


~11 :: Juga altocumulus..paling lawa..cantik..!! thumbs uP!!


~12 :: Ada sikit-sikit altocumulus dan maybe yang tu stratocumulus..


Saturday, May 15, 2010

..::KALKULATOR SAINTIFIK DALAM LAPTOP??::..

Dulu time study week, aku pun pergi laa library nak study..time tu nak study environmental hydrology..masuk library, tiba-tiba dapat senyuman daripada pengawas perpustakaan.. Diorang semua nie baik-baik belaka..okeh, sampai di meja, ALAMAK!!! lupa pulak bawa kalkulator..!! takkan laa nak pakai kalkulator kat hp nie..mane ada kuasa dua, punca kuasa dua kan.. nak balik hostel jauh.. aduuuui~~~

Tapi jangan risau kawan-kawan..setiap masalah ada penawarnya..aku ada simpan dalam laptop aku..laptop?ye laa..dalam laptop aku nie ada kalkulator saintifik jugak laa.. hahaa.. kalkulator nie sebijik sama dengan kalkulator yang aku guna..cuma lain model laa..button suma sama..

Korang nak? meh aku bagi k...

Link ---> Kalkulator Saintifik (3.84 MB)
Password : elairvent

Semoga dapat meringankan beban kepada sesiapa yang terlupa bawa kalkulator macam aku yer..hahahaaa...

Saturday, May 8, 2010

..::Blackbody Solar Cooker: Lengkapkan konsep 3R::..

Da lama da aku nak crita tentang solar cooker.. disebabkan kekangan sebagai seorang mahasiswa, terpaksa laa aku menangguhkan post ini sehingga cuti..bila time cuti, memang banyak laa nanti post2 aku..heee..kali ini ada mengenai solar cooker..dapur suria..

Meh aku nak cerita sedikit mengenai dapur suria nie..dapur suria ini adalah dapur yang dibuat dengan menggunakan tenaga solar sebagai sumbernya..dengan erti kata lain,ia menggunakan cahaya matahari untuk memasak..oleh itu, ia hanyalah sesuai dilakukan ketika matahari sedang terik..waktu malam of cos laa tak boleh buat kan..sampai subuh esok takkan masak kan..hehee.. selepas itu, kita hendaklah memfokuskan titik tengah pada prototype(dapur suria) kita untuk mendapatkan cahaya yang maksimum agar bahan ujian(ikan, telur dan sebagainya) untuk dimasak dapat dimasak dengan cepat..

Kami start buat solar cooker nie pada awal bulan januari dan siap pada awal bulan dua..Macam mana cara nak buat dapur tu?itu kami tak boleh nak bagtau sebab itu adalah hak yang dilindungi..hehee...kawan- kawan boleh tgk gambar aje laa k..kos buat ini adalah bawah daripada RM20 aje...murah kan..kami amik bahan2 nie yang dah dibuang selari dengan objektif iaitu 3R..

objektif kami nak buat solar cooker ini adalah untuk:
- mempromosikan kegunaan dan idea tentang tenaga solar
- memilih sesuatu barang yang senang untuk di simpan, dibawa kema-mana, dan senagn untuk di set up kan..
- menghasilkan produk yang berasaskan kepada konsep 3R=Reduce, Reuse, Recycle
- untuk memberi kemudahan kepada mana-mana kawasan yang susah untuk mendapatkan dapur gas..

dengan adanya benda ini, dapatlah kita untuk membantu orang-orang yang tinggal jauh di pendalaman sebagaimana yang digariskan dalam objektif di atas..

Kelebihan prototype kami adalah:
-agak berat supaya lebih stabil dan tidak ditiup angin
-Penggunaan stainless steel mempunyai kebolehan untuk memantulkan cahaya dengan berkesan..
-Senang dibawa ke-mana-mana sahaja kerana ia boleh dicabut dan dipasangkan semula..begitu senangkan kawan-kawan..?
nie adalah contoh-contoh test product kami:

1. Ikan

Kesemua ikan-ikan ini berjaya dimasak dengan durasi bawah daripada 15minit..paling cepat adalah 9minit..

2. Telur

Ini telur pulak..telur ini berjaya dimasak dengan kadar 15minit sahaja

3. Sotong
Sotong nie pulak hanya 5minit sahaja untuk dimasak

4. Udang

Udang nie pulak tau tak berapa minit..? 3minit je kawan..



Makan udang..emmm,sedap tau..dah dicampur dengan asam limau nie..mmmm, yummy~~

Kesian kucing nie terliur nak makan ikan..nah, amik laa..memang rezeki ko kucing.. =)

Dan masuk dalam beberapa akhbar utama di Sabah:

The Borneo Post, 21 Mac 2010 -Muka Depan-

Harian Ekspress, 21 Mac 2010 -Muka Depan-

Daily Ekspress, 21 Mac 2010 -Muka Depan-

See Hwa Daily, 21 Mac 2010 -Muka Depan-

The Star, 22 Mac 2010 -Muka surat 24-

Jutaan terima kasih kepada Wong Ken Hong kerana menyumbangkan gambar kesemua surat khabar di atas.. =)


To all my group members, terima kasih banyak2 yang tak terhingga especially Alan yang bertungkus lumus menghasilkan prototype ini...kepada felicia, wan,nadia, kathrine and peter, terima kasih banyak2 yer..dengan kerjasama koranglah, dapat kita siapkan projek solar cooker ini dengan jayanya..





Aku xda dalam gambar nie sebab aku ditugaskan untuk menjadi photographer... =)
~yuhuuu~