Thursday, May 21, 2009

..::KETIKA NASI LEMAK TABLIGH DIRASAI BERSAMA::..

"Kenangan kita bersama di masa lalu akan terus terpahat di sanubariku..takkan terlupus dek masa berlalu.."

Kata-kata di atas aku tujukan khas buat seorang sahabat aku yang memang aku sayangi..aku kenal dia time aku berada di dewan AB di Universiti Malaysia Sabah..aku melihat sahabat ini duduk dengan penuh berwawasan,semangat yang kuat ada pada dirinya..aku memang kagum dengan dia..pada masa itu,aku tak kenal siapa dia,aku harap selepas ini aku diberikan masa walaupun hanya sedetik sahaja untuk berkenalan dengan dia..aku tak kisah..

Pada suatu hari,ibarat bulan jatuh ke riba..akhirnya,aku dapat mengenalinya juga pada sekitar bulan Ogos tahun 2008..akan tetapi,walaupun hari-hari aku nampak dia..aku takut ingin bersuara patah lagi berdiskusi...aku ingin berkawan dengan dia..hal ini kerana dia adalah seorang yang jujur, amanah, berdisiplin, peka dengan hal-hal semasa, berjiwa patriotik, suka menegur bertempat..memang banyak lagi...

Dia selalu menegur ku dalam apa jua keadaan:-
andai aku tersilap bicara, dia menegurku dengan tenang..
andai aku tersilap arah, dia ibarat nakhoda kepadaku agar ku tidak tersesat lagi....
andai aku lemah dalam pelajaran, dengan hati yang dia ikhlas mengajar ku dengan penuh konsentrasi..
andai aku tidak terjaga ketika subuh, dia membangunkan aku dengan penuh lemah lembut..

Pada 11 Februari 2009, dia telah membelikan kek pada aku...aku tak ingat kek perisa apa..kami makan bersama-sama dia di bilik...terima kasih sahabat ku..

Masa terus berlalu,adakah semester hadapan aku akan dapat lagi didikan daripada dia..aku sendiri tidak tahu..dia pun tidak tahu..semoga semester hadapan dan seterusnya, hubungan kami menjadi lebih rapat..walaupun aku tahu, siapalah aku padanya..aku harap dia dapat menerimaku seadanya..

Secebis kata,penutup wadah...infiniti terima kasih buat sahabat yang aku sangat kasihi, Mohd Asraf Bin Haji Khamis...

2 comments:

εїз .: m+a+i+z+a :. εїз said...

uhuh. saya pulak yang terharu~!

Mohd Syafri B Yusof said...

dia kwn shayer yg sy paling shayang...
^^

Post a Comment