Sunday, February 21, 2010
..::AMPUNKAN ANAKANDA::..
Saturday, February 20, 2010
..::CATCHEYE:MASIH BARU LAGI DI MALAYSIA::..

3. Korang isi maklumat diri,IC dan alamat (ini penting kerana cek korang bakal dihantar berdasarkan profile korang selepas cukup RM50)
4. Nie jawapan untuk soalan dia:
9. Copy link baru korang
10.Forwardkan link baru anda kepada kawan-kawan.
Aku adalah ahli yg ke 63688...!!
Kalau tentang rezeki,jangan simpan sorang-sorang k..kita kongsi-kongsikanlah..semoga kita memperoleh pendapatan tambahan sama-sama!..
Tuesday, February 16, 2010
..::JOM KITA MAIN SNAPSHOT::..
Saturday, February 13, 2010
..::BEST KE PAKAI KASUT TUMIT TINGGI??::..
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul. ''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis. ''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki. ''Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya.
Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya. Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan. ''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.
''Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,'' jelasnya.
SUMBER : Utusan Malaysia
Saturday, February 6, 2010
..::KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA::..
Tapikan kawan-kawan kalau di vietnam,topi keledar diorang lagi hebat.. nak tengok??ok jom..
..::DETECT KAWAN YANG INVISIBLE::..
Buka laman nie imvisible then,korang taipkan ID kawan ko yang ko nak check tu..sebagai contoh kat sini,aku nak detect diri aku sendiri..aku wat invisible nie..jom kita check..
Thursday, February 4, 2010
..::BLACK PEPPER CHICKEN CHOP::..
Seketul ayam + roti 2keping + coaslow + sos cili + kentang goreng + black pepper sauce = RM12 (yer kot harga tu..tak ingat dah aku..hehee..)..
Monday, February 1, 2010
..::BAHAYANYA BOTOL DAN BEKAS PLASTIK ::..
Ketahuilah fakta-fakta berikut :
- Kajian menunjukkan bahawa KOD 1 yang diperbuat daripada bahan PTE atau PET (yang selalu digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh satu kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksiknya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutama kanser payudara.
- KOD 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu, kita tidak perlu risau tentangnya.
- KOD 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan digunakan sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke dalam makanan tersebut.
- KOD 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di oven microwave tetapi untuk jangkamasa tiga bulan sahaja jika digunakan setiap hari. Oleh itu, kita seharusnya membuangnya dan gantikannya dengan yang baru jika sudah terlalu lama kita menggunakannya.
- KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN sama sekali ialah yang bertanda 3, 6, dan 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari polycarbonate yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan KANSER terutama KANSER PAYUDARA. KOD 3 dan KOD 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama.
Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut.. Bahan BISPHENOL-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem peranakan, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diabetis dan tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol-botol susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta rujukan sedunia telah mngesahkan fakta ini.
Jadi, kita kena bertindak sekarang!!!
- JANGAN guna plastik KOD 1 berulang kali
- JANGAN guna KOD 5 dalam tempoh yang terlalu lama
- Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6, 7.
- Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.