Monday, February 1, 2010

..::BAHAYANYA BOTOL DAN BEKAS PLASTIK ::..

Pernahkah anda meminum dari botol minuman plastik atau makan makanan daripada bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan atau minuman tersebut. Sekiranya kita dapat lihat pada belakang atau bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod nombor pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombor itu, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur POLYMER iaitu byproduct dari bahan pertoleum).

Ketahuilah fakta-fakta berikut :
  • Kajian menunjukkan bahawa KOD 1 yang diperbuat daripada bahan PTE atau PET (yang selalu digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh satu kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksiknya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutama kanser payudara.
  • KOD 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu, kita tidak perlu risau tentangnya.
  • KOD 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan digunakan sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke dalam makanan tersebut.
  • KOD 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di oven microwave tetapi untuk jangkamasa tiga bulan sahaja jika digunakan setiap hari. Oleh itu, kita seharusnya membuangnya dan gantikannya dengan yang baru jika sudah terlalu lama kita menggunakannya.
  • KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN sama sekali ialah yang bertanda 3, 6, dan 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari polycarbonate yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan KANSER terutama KANSER PAYUDARA. KOD 3 dan KOD 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama.

Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut.. Bahan BISPHENOL-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem peranakan, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diabetis dan tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol-botol susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta rujukan sedunia telah mngesahkan fakta ini.


Jadi, kita kena bertindak sekarang!!!
  1. JANGAN guna plastik KOD 1 berulang kali
  2. JANGAN guna KOD 5 dalam tempoh yang terlalu lama
  3. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6, 7.
  4. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.
Sumber : Environmental Protection Department

0 comments:

Post a Comment