Thursday, May 27, 2010

..::BAHANG BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010::..


Sekarang da masuk 27 Mei..hanya tinggal 365 jam sahaja lagi (ketika post ini sedang dibuat) untuk berlangsungnya sepak mula temasya bola sepak terbesar di dunia iaitu Piala Dunia 2010 yang akan dilangsungkan di bumi Afrika Selatan.. sekarang ini pun bahang bola sepak pun telah terasa..

Masing-masing mencongak negara manakah yang akan membawa pulang trofi emas 18 karat ini..?


Adakah juara 5 kali, Brazil di bawah pimpinan Dunga?


Atau Sepanyol yang menamatkan kempen kelayakan Piala Dunia dengan rentetan rekod 10 kemenangan berturut-turut?


Atau Argentina yang diperkuatkan dengan pemain terbaik dunia, Lionel Messi dan wira Inter Milan, Diego Milito yang menjaringkan 2 gol ketika menjuarai Liga Juara-Juara Eropah?


Atau juara 2006, Italy yang prestasinya terumbang-ambing ketika ini meskipun berada pada kedudukan kelima dunia?


Atau Belanda yang juga dengan rekod 8 kemenangan berturut-turut pada sesi kelayakan dengan menjaringkan 17 gol dan dibolosi hanya 2 gol?


Atau pun England yang masih lagi kempunan menjuarai kempen Piala Dunia sejak 44 tahun yang lalu tetapi berada pada prestasi terbaik sekarang ini?


Ataupun negara-negara lain yang kita tidak jangkakan??

Segalanya akan terjawab pada temasya yang bakal menggegarkan dunia bola sepak selama 30hari itu..

32 Negara yang terbaik akan beradu tenaga pada peringkat kumpulan..


Bola rasmi Piala Dunia 2010 - Jabulani


Maskot rasmi Piala Dunia 2010 - Zakumi


Kat sini aku nak share dengan korang jadual interaktif Piala Dunia..Jadual nie sangat bagus kerna dia automatik akan kira juga mata pasukan tersebut..memang best..nie link dia k..

password : elairvent

Untuk Piala Dunia kali ini,bagi aku agak sengit kerana semua pasukan ada kelebihan masing-masing..negara mana aku sokong?emmm..bagi aku, mungkin tak sama dengan korang..aku sokong SPAIN~~~ huaahahaaa.....

0 comments:

Post a Comment