Sunday, May 23, 2010

..:: TOP 10 BANDAR-BANDAR PALING TERCEMAR::..

Post yang sebelum nie ada aku bagitau kat korang tentang Top 10 Negara Terbersih kan..Ini diperiksa mengikut beberapa kriteria yang penting..uh,negara terbersih yer..hmm..tapi korang pernah terfikir tak kat atas bumi nie kat mana tempat paling tercemar..?pokok utama ialah berpunca daripada pencemaran logam berat..logam berat boleh didefinisikan sebagai satu kumpulan logam yang mempunyai ketumpatan atom melebihi 5g/cm3 Lebih 70% daripada 10 tempat terkotor ini adalah berpunca daripada masalah ini..jom kita selidik tempat-tempat tersebut mengikut ranking yang dikeluarkan oleh TIME:

1. Linfen, China
4 000 000 penduduk di daerah nie terdedah dengan pencemaran ini dan bandar ini selalunya dikatakan sebagai bandar paling tercemar di dunia..Jenis pencemaran di sini adalah berpunca daripada arang batu..Penduduk setempat juga sering terganggu dengan debu arang batu tersebut..yang paling aku terkejut ialah air minuman bagi penduduk tersebut sering tercemar dan ia mengandungi ARSENIK (arsenic)..!!

2. Tianying, China
Bandar perindustrian ini menjalankan industri perlombongan dan pemprosesan..140 000 penduduk terganggu akibat daripada bahan pencemar seperti plumbum dan logam berat yang lain..

3. Sukinda, India
Tempat ketiga bertempat di India.. Seramai hampir lebih dari 2 500 000 penduduk terjejas akibat pencemaran ini.. Punca yang paling utama adalah ia berakar umbikan daripada perlombongan kromit (chromite) dan sistem pemprosesannya..

4. Vapi, India
Juga dari India..Disebabkan oleh bahan kimia dan logam berat yang lain, seramai lebih kurang 71 000 penduduk di bandar ini terjejas..

5. La Oroya, Peru
Peru..berada di bahagian Amerika Selatan..perlombongan logam berat seperti kuprum (copper), zink (zinc), plumbum (lead) telah sekian lama berleluasa sejak dari tahun 1922 lagi..sebab paling utama adalah pencemaran daripada bahan plumbum itu sendiri..seramai 35 000 penduduk terjejas dengan keadaan ini..

6. Dzerzhinsk, Russia
Di russia..Bahan kimia dan hasil sampingan toksik, termasuk sarin dan gas VX telah menjejaskan produktiviti lebih dari 300 000 penduduk di sekitar bandar tersebut..

7. Norilsk, Russia
Seramai 134,000 orang penduduk terlibat dengan pencemaran udara ini.. pencemaran yang biasa berlaku adalah daripada zarahan, sulfir dioksida, logam berat, dab asid karbolik..pencemaran ini bersumberkan daripada perlombongan nikel (paling utama) dan juga sistem pemprosesannya..

8. Chernobyl, Ukraine

5 500 000 orang??!!!ramainya yang terjejas!ia berpunca daripada peleburan nuklear yang menyebabkan radiasi daripada nuklear tersebut tersebar..

9. Sumgayit, Azerbaijan
Berpunca daripada pencemaran bahan kimia organik, minyak dan logam berat yang bersumberkan daripada industri petrokimia..Kesannya ia telah menjejaskan hampir 275 000 penduduk dan terdedah dengan pelbagai penyakit seperti kanser..


10. Kabwe, Zambia
Perlombongan kadmium dan plumbum yang mengakibatkan seramai 255 000 penduduk terpaksa mengharungi liku hidup dengan bauan bahan pencemar ini..ia berlaku hampir 10 tahun yang lalu..

0 comments:

Post a Comment