Saturday, December 26, 2009

..::EXPLORE BROADBAND PILIHAN::..

Arggghhh!!!Tension tul laaa...Da laa still tak dapat register subjek lagi nie..aku tak tahu nak comment apa lagi tentang sistem SMP nie..dari dulu sampai sekarang,tak pernah berjalan dengan lancar..Tapi takper,kita rileks dulu yer..aku tau..bukan aku sorang jer yang tak dapat register subjek tu..ramai lagi yang tak dapat kan..jangan nak tipu ar..aku tau tu..aku tak nak laa register kat UMS..sebab wireless dia lagi slow berbanding wireless umah aku nie..so aku amik keputusan nak register je kat umah sebelum aku bertolak esok..tapi still tak dapat lagi..kat bilik aku di kolej kediaman AB tu tak dapat line wireless..so kalau nak online tu,aku kena laa pergi ke gedung ilmu UMS iaitu library..tapi ada sesetengah mahasiswa di UMS nie gunakan satu benda yang kecik macam pendrive yang boleh connect internet tu..tau tak?yup!! betul tu..Broadband namanya..Apa kelebihan dan kekurangan jika ada broadband nie..

Kelebihan
  1. Dapat connect internet di mana-mana
  2. Senang dan mudah dibawa
  3. Tak perlu mencari kawasan hotspot jika ada kecemasan
Keburukan
  1. Kadangkala tak dapat layari internet (mungkin disebabkan oleh faktor rangkaian)
  2. Bayar bulan-bulan
  3. Tak berbaloi jika masa penggunaannya tak setimpal dengan kadar bayaran yang dikenakan

Itu pandangan aku laa..pandangan korang aku tak tau..tapi kan,jika aku diberi kesempatan laa kan untuk gunakan broadband,yang manakah yang akan menjadi target pilihan aku..?

Sebelum membeli sesuatu itu,kena laa fikirkan dahulu adakah berfaedah jika adanya broadband ini..bagi aku laa..ada betulnya jugak..untuk kecemasan ker...kan..jom kita tengok yang manakah broadband pilihan hati aku..

Sekarang ini ada tiga telco yang mengeluarkan produk broadband nie iaitu Celcom, DiGi, dan Maxis..

Celcom Broadband

Maxis Broadband


DiGi Broadband


Aspek Pertama : Rangkaian Broadband

CELCOM

Di rumah : Memuaskan (HSDPA 50% dan 3G 50%)

Di Kampus : Amat Memuaskan (HSDPA network)


MAXIS

Di Rumah : Amat Memuaskan (HSDPA network)

Di Kampus : Tidak Memuaskan (EDGE network)


DiGi

Di Rumah : Tidak Memuaskan (EDGE network)


Di Kampus : Amat Memuaskan (Broadband network)


hmmm...kalau kita tengok pada semua gambar tu kan..kebanyakannya memuaskan..

Aspek Kedua : Harga Pakej

Kalau ikut pada pakej semua lebih kurang sama jer:
  1. Celcom - RM60/sebulan
  2. DiGi - RM58/sebulan
  3. Maxis - RM25/seminggu atau RM8/sehari
So dekat sini aku da boleh buat ramalan awal..Kalau ikut harga,aku da dapat idea yang mana bakal aku pilih.. Jadi, jika aku ambil daripada dua aspek ini iaitu dari segi rangkaian dan harga pakej,akan aku bakal memilih :


Kenapa aku pilih DiGi Broadband?
  1. Murah
  2. Rangkaian yang bagus
  3. Pengguna yang sedikit (dapat surf dengan lebih bagus)
  4. Banyak hadiah
  5. Design cantik

Kenapa aku tak pilih Celcom Broadband?

  1. Network yang selalu slow even Kota Kinabalu adalah kawasan HSDPA
  2. Time waktu antara pukul 0300 hingga 0900 sahaja line stabil..pada masa lain kurang stabil
  3. Kadar download celcom: up to 30kb/sec adalah lembab berbanding dengan DiGi: up to 110kb/sec (source: Wong Ken Hong)
Itulah kisahnya jika aku diberi kesempatan..Anda pula bagaimana?

5 comments:

Unknown said...

Salam..

Aku guna Celcom Broadband, Advance package, Contract, beli Ogos/Oktober 2008 kalau xsilap..

Secara keseluruhan, cuma xpuas hati dari segi harga sebab kontrak (jadi xpuas hati bila lepas tu Plan2 ada yang xkontrak).

Dari segi coverage, memang puas hati sebab luas. Aku xberapa pentingkan sangat donwload speed asal dapat conncet setiap masa. Lagipun, kalaulah aku dapat bangun 24jam, memang online jelah kerja lepas kerja2 penting lain siap.. (dulu buat assignment kena online juga)

Ni ada pos dari Bro Bozaki pasal Digi Broadband. Bolehlah kau tanya2 lanjut kat dia pasal Digi Broadband camna..

http://ascap23.blogspot.com/2009/10/digi-broadband-dont-buy.html

Finally, BROADBAND is one of the BEST damn thing I own now..! xD

Mohd Syafri B Yusof said...

download tu juz nak tau kelajuan..
hehee..
tapi kawan2 sy yg guna celcom,sumer xpuas ati..
time subuh jer line ok..
time2 lain,semput2 jer..
sy xtau lagi nak beli yang mana..
nak guna pun kat UMS jer..
kat umah da ada wiFI..
minta pandangan dari abg boleh..?

Unknown said...

Salam..

Maaf lambat balas, uhu..

Gini, katakan kau xda masaalah untuk beli modem http://www.couponturk.com/n tinggal pakej ja yang jadi isu..

Untuk pakej, boleh pilih Postpaid/Prepaid.

Beli modem sekali dengan pakej, memang ada murah. Tapi kena tengok pakej tu (postpaid biasanya) camna Kelajuannya.. Ada murah tapi tengok, Basic ja..

Kalau masih belum beli apa2, abg syor spy kau beli modem ja n cuba mana2 sim Prepaid dari mana2 Telco yang ada sokongan 3G di sim tu. Contoh, Celcom Blue.

Salah satu keburukan sim Postpaid, dia hanya untuk menggunakan Data sahaja. Hantar SMS xdapat (xtau Postpaid skrg cmna..). Kalau Prepaid, dia bfungsi mcm biasa cuma xbleh Call n MMS.. Surfing, guna modem tadilah..

Lagi bagusnya Prepaid ni, kita boleh kawal bajet. Kalau celcom, langgan Broadband Weekly hanya RM20 ja. 24 jam 7 hari seminggu

Mohd Syafri B Yusof said...

ooo...
yer ker..
emm..
tapi sy igt nak ambik digi jer..
sbb ari tu sy guna digi kawan saya di bilik saya,agak laju jugak laa..
kalau celcom lembab sikit..

εїз .: m+a+i+z+a :. εїз said...

aie..dah pakai broadband kah??
mai pakai DIGI CAMPUS, RM30 je kena topup sbulan..
prepaid plak tuh..
lg laju dr DIGI BROADBAND biase!! *hepi2!!*
hoho

so, bertukarlah ke DIGI CAMPUS~ haha

Post a Comment