Thursday, June 3, 2010

..::myFriends2u : SEGALANYA DI SINI::..


Mukabuku..ada negara sudah banned mukabuku nie gara-gara meletusnya kemarahan umat islam termasuk aku tentang penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW..sangat-sangat marah aku dibuatnya.. sekarang nie pun aku da jarang buka mukabuku..buka jugak, tapi tak seaktif dulu laa..hehee..ye ke tak seaktif dulu??? hahaa... sebab mukabuku nie sangat popular zaman sekarang..sampai friendster dan myspace pun hilang populariti dek kerana mukabuku nie..ye laa kan..kawan ramai..senang nak berurusan..ade ker web sosial seperti ini yang lain?

Tapi sekarang ramai dah yang delete akaun mukabuku diorang disebabkan hal itu..ada sumber yang mengatakan sudah lebih 30 000 orang yang delete akaun mukabuku mereka..

Nie graf kadar penggunaan facebook selama sebulan yang lepas..nampaknya graf da tak macam dulu..sekarang da mengalami sedikit penurunan..bila da ramai yang delete, wujud laa beberapa social web yang baru menjengah pasaran dunia sosial web nie..aku tak nak laa sebut..baaaanyak sangat...dan aku rasa korang pun tau jugak kan..

Tapi aku tertarik dengan satu laman sosial nie..nama dia myfriends2u (mf2u)..laman ini dihasilkan oleh syarikat tempatan, Nextpert Sdn Bhd..Ia dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 14 Mei 2010..ooo, masih newbie lagi laa..baru ja 3minggu usia dia..

Kat sini apa yang aku nak kata,web sosial nie boleh dikatakan agak sempurna..hal ini kerana semuanya ada di sana..blog? jual beli? forum? undian? jawatan kosong? semua ada..ok, meh aku nak review sikit mf2u nie..ini mengikut pandangan aku laa k..jangan marah pulak..aku buat review ni memang tiada kaitan antara aku dengan mana-mana pihak..


Nie profile mf2u nie...memang menarik..mf2u nie dikenakan dengan warna biru langit nie memang sesuai sangat..web nie pun sememangnya laju..klik terus keluar pe yang kita klik tu..


Nie bahagian game dia pulak...mf2u nie memang banyak sediakan games untuk penggunanya..dan games tersebut memang ringan, senang nak paham, dan paling penting best..walaupun ade gak game yang bikin sakit hati..tapi overall, memang best laa..


Nah..blog pun ada?!!tu laa..kan aku da cakap tadi..semua ada kat mf2u nie...tapi bagi aku, aku lebih prefer kepada blogger..hehee..tapi korang jangan ikut aku pulak k..tepuk dada, tanya laa hati anda k..tapi ok gak mf2u buat blog kat sini..lagi senang kita nak manage kan..99 in 1 katakan.. ^__^


Nie satu tarikan yang baru dan sangat menarik..ada Job Search lagi kat sini..kepada sapa-sapa yang nak cari kerja kosong tu, haa elok sangat laa nie page nie...sangat bagus ah..


Forum mf2u..forum pun ada...semuanya ada kat sini..hihii..mukabuku ada ker..?hihii..


Nie pulak nak jual barang..bagus kan web dari malaysia nie..aku memang sokong 100%..

Untuk konklusi aku, aku memang tertarik dengan laman nie..memang best, smooth, simple, dan banyak maklumat kita boleh dapat..walaupun ia masih baru lagi dalam dunia sosial web nie, aku yakin dan percaya bahawa ia boleh mencabar populariti mukabuku khususnya bagi rakyat Malaysia..tak ramai kawan??xper, jangan risau, nanti ramai laa tu..bukannya kita main sedunia nie..orang Malaysia jugak kan....kepada yang da ada akaun mf2u nie,sudi-sudikanlah add aku ar..

0 comments:

Post a Comment